Wednesday, 27 November 2013

Menanti Padah

Kesiap siagaan pertahanan negara terhadap ancaman luar amat menyedihkan. Dengan perbelanjaan pertahanan yang dimanipulasi oleh orang dalam bagi mengaut keuntungan telah menyebabkan pembelian persenjataan yang cacat dan membazir. Ketika Negara Indonisia dan Singapura membagunkan teknologi pertahanan secara agresif. Kecacatan pertahanan Negara amat terasa dan menakutkan bagi rakyat yang menyedarinya. Bayangkan ketika Negara jiran telah memiliki Kapal Frigate yang sebenarnya Negara kita hanya memiliki Kapal Frigate betaraf rendah tanpa kemampuan tempur cegah rintang. Frigate Kelas Lekiu menjadi peneraju dalam pertahanan sempadan laut Negara kita. Tetapi sedarkah kita bahawa Kapal Frigate ini adalah sama kelas dengan kapal Korvet milik jiran-jiran kira. Berdasarkan Model F2000 buatan british dengan dilengkapi peluru Exocet yang hanya berkemampuan bagi menembak Kapal peronda musuh adalah mustahil bagi Kapal Yang dilengkapi dengan Exocet untuk menembak kapal yang bersenjata Harpoon (Singapura) ataupun Onyx (Indonesia).

No comments:

Post a Comment